Wednesday, 16 January 2013


lcwcm5.jpgNama: Chai Shing Yee
Kelas:  PPISMP Sem 2 PJ B

Haruskah Lee Chong Wei dikekalkan sebagai jaguh Olimpik 2016?
Pada pendapat saya, Lee Chong Wei tidak perlu dikekalkan.Terdapat beberapa faktor saya berpendapat sedemikian. Pertama, Lee Chong Wei sudah tidak mampu untuk bersaing dan mendapat keputusan cemerlang dalam menyertai pertandingan-pertandingan yang dianjurkan. Umur beliau sudah meningkat dan beliau semakin uzur. Atlit -atlit yang lebih muda mempunyai kepantasan dan lebihan tenaga untuk menewaskan beliau.Badminton merupakan salah satu aktiviti yang memerlukan kepantasan, kelajuan dan tenaga yang mencukupi. Kelajuan seseorang akan menurun mengikut kadar umur. Oleh itu, saya berpendapat bahawa beliau tidak sesuai mengikut olimpik yang akan menjelang. Malaysia sepatutnya mencungkil lebih banyak bakat pemain-pemain badminton dan melatih mereka sebagaimana seperti Lee Chong Wei yang mengharumkan nama Negara di dunia.

No comments:

Post a Comment