Majlis Sukan Negara
VISI
Peneraju sukan prestasi
tinggi terunggul ke arah melahirkan lebih ramai atlet bertaraf dunia.
MISI
Memastikan program
pembangunan sukan berprestasi tinggi dilaksanakan secara menyeluruh, sistematik
dan berkesan di semua peringkat.
Objektif
1.
Mempetingkatkan prestasi
pencapaian atlet di
pelbagai peringkat ke tahap kecemerlangan dunia melalui pengurusan program
latihan, khidmat sokongan dan hal ehwal atlet yang lebih efisien dan
menyeluruh.
2.
Memperkukuhkan struktur
pembangunan kejurulatihan di pelbagai peringkat ke arah meningkatkan bilangan jurulatih
yang berkelayakan.
3.
Memperkukuhkan struktur
pembangunan dan penganjuran
kejohanan-kejohanan sukan tempatan dan antarabangsa di pelbagai peringkat secara lebih efektif dan
kompetitif.
4.
Mempertingkatkan prestasi
pencapaian pembangunan kepegawaian teknikal dan pengurusan sukan prestasi tinggi yang lebih efisien di pelbagai peringkat.
5.
Memperkukuhkan dan meningkatkan penyelarasan pentadbiran
Organisasi Sukan (Persatuan) yang lebih efektif dan efisien.
Sejarah
Majlis Sukan Negara ditubuhkan di bawah Akta
Majlis Sukan Negara Malaysia 1971 dan Akta Majlis Sukan Negara (pindaan 1979).
Pelancarannya secara rasmi telah dilakukan oleh Y.A.B. Tun Abdul Razak b. Datuk
Hussein, Perdana Menteri Malaysia yang kedua pada 21 Februari 1972.
Pada peringkat awal penubuhannya,
program-program sukan prestasi tinggi dilaksanakan di bawah kendalian Bahagian
Sukan, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan(nama Kementerian Belia Dan Sukan
ketika itu). Untuk mencapai matlamat penubuhan Majlis, satu usaha kolektif
melibatkan secara langsung semua agensi kerajaan dan bukan kerajaan,
pertubuhan-pertubuhan sukan tanahair, majlis-majlis sukan negeri, institusi
pengajian tinggi, badan-badan sukarela serta orang perseorangan telah
diusahakan supaya mutu sukan negara dapat mencapai prestasi yang terbaik.
Selepas organisasi Majlis disusun semula pada
tahun 1981, Majlis mula mengorak langkah dan seterusnya mengembangkan program
dan aktiviti sehinggalah apa yang dapat dilihat masa kini. Matlamat penubuhan
Majlis Sukan Negara Malaysia adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara iaitu
bertanggungjawab sepenuhnya ke arah penggalakkan, pembangunan dan pencapaian
cemerlang dalam sukan-sukan di peringkat tertinggi.
No comments:
Post a Comment