Wednesday, 13 February 2013

Sukan Olimpik

Sukan Olimpik ialah sukan antarabangsa yang diadakan setiap empat tahum.Sukan ini bermula dari Yunani Purba, dihidupkan semula oleh seorang bangsawan Perancis bernama Pierre de Coubertin pada akhir abad ke-19.Sukan ini yang turut dikenali sebagai Olimpik Musim Panas telah diadakan setiap empat tahun sejak 1896 kecuali ketika Perang Dunia.Pada tahun 2004, Sukan Olimpik ke-28 telah kembali diadakan di  asalnya di Athens,Greece.

Selain itu,Sukan Olimpik Musim Sejuk dimulakan pada tahun 1924.Namun begitu,sukan ini tidak lagi diadakan serentak dengan Sukan Olimpik Musim Panas pada 1994,sebaliknya pada dua tahun selepas itu.

Olimpik Purba
Asal usul Olimpik tidak banyak diketahui tetapi banyak legenda tertulis bersama-sama sukan ini. Sambutan pertama Sukan Olimpik yang direkodkan adalah pada 776 SM,walaupun tarikh ini bukanlah kali pertama Sukan Olimpik diadakan.Pada masa u,hanya satu acara dipertandingkan.

Sejak itu,Sukan Olimpik mula menjadi penting dalam Yunani Purba dan mencapai kegemilangannya pada abad ke-6 dan ke-5 m Masihi.Olimpik juga mempunyai kepentingan agama,iaitu sebagai penghormatan kepada Zeus (patung besarnya wujud di bandar Olympia).Pemenang sukan ini akan dihormati dan dimasukkan ke dalam puisi dan dijadikan patung.

Sukan ini semakin hilang kepentingannya dengan penaklukan Rom ke atas Yunani ( sekarang dikenali dengan Greece). Apabila Kristian menjadi agama rasmi Empayar Rom, Sukan Olimpik dilihat festival orang tidak beragama (pagan).Pada tahun 393, Maharaja Theodosium mengharamkan Olimpik dan ini menandakan berhentinya Sukan Olimpik selama ribuan tahun sehinggalah diadakan semula pada abad ke-19.


Menjelang 2010, Sukan Olimpik telahpun dihoskan oleh 41 buah Bandar daripada 22 negara.Pada tahun 2012,London akan menjadi Bandar yang pertama yang menjadi tuan rumah kepada Sukan Olimpik sebanyak tiga kali.

Sejak Sukan Olimpik 1992, atlet-atlet Negara kita daripada 12 jenis sukan, iaitu sukan badminton, olahraga ,berbasikal, renang, terjun, angkat berat, gimnastik, hoki, memanah, menembak, pelayaran dan taewando telah layak bertanding secara merit kategori A atau kategori B ataupun melalui tiket “Wild Card”.

Selain itu, pasukan bola sepak Negara pernah layak bertanding di Sukan Olimpik Munich pada tahun 1972 dan di Sukan Olimpik Moscow pada 1980.Badan pengawal sukan bola sepak telah menetapkan syarat awal kelayakan bertanding di Sukan Olimpik lebih awal berbanding sukan lain.

Sejak tahun 1992, hanya pemain sukan badminton sahaja yang berjaya menghasilkan pingat dari Sukan Olimpik termasuk di Beijing melalui Datuk Lee Chong Wei yang memenangi pingat perak. Manakala sukan-sukan lain masih belum berjaya walaupun prestasi mereka semakin meningkat semasa Sukan Olimpik Beijing.

Malaysia sebuah Negara yang sangat disegani dalam sukan badminton. Jaguh dalam sukan badminton seperti Rashid Sidek, Jailani Sidek dan Misbun Sidek pernah meletakka nama Malaysia di puncak kejayaan dalam sukan teragung.

Kejayaan ini akhirnya diteruskan oleh Datuk Lee Chong Wei dan beliau juga pernah menaikkan nama Malaysia dalam merebut gelaran juara dalam perlawanan di peringkat antarabangsa melawan jaguh-jaguh dari seluruh dunia.

Tidak dapat dinafikan dalam Sukan Olimpik yang akan datang, badminton menjadi taruhan untuk mendapat pingat emas.

No comments:

Post a Comment