Sukan dapat dimajukan sebagai satu industri yang boleh memberi
sumbangan besar dalam bidang sosioekonomi Malaysia. Perhatian kerajaan terhadap
bidang sukan sehingga menggubal Dasar Sukan Negara jelas menunjukkan sukan
sebagai penggerak sosioekonomi yang penting.
Dalam masyarakat
moden hari ini, sukan selain tujuan asas membina kesihatan tubuh badan, mental
dan moral dapat digunakan kea rah memupuk perpaduan kaum dalam kalangan
masyarakat yang berbagai-bagai etnik. Perpaduan kaum dapat dipupuk melalui
aktiviti-aktiviti sukan yang boleh melibatkan berbagai-bagai kaum seperti bola
sepak, badminton dan aktiviti-aktiviti sukan yang lain.
Dari segi social,
kegiatan sukan boleh memupuk dan melahirkan masyarakat yang lebih berdisiplin, bersatu
padu dan proaktif bagi seseorang ataupun anggota masyarakat. Hasrat demikian daapat
dicapai kerana setiap permainan sukan mempunyai peraturan tersendiri yang harus
dipatuhi oleh setiap pemain. Semangat kerjasama dan kecerdasan sentiasa
diperlukan untuk mencapai prestasi cemerlang dalam sukan.
Dari segi ekonomi,
kemajuan sukan memungkinkan ia menjadi satu sumber pendapatan bagi rakyat
tempatan. Misalnya, dalam siri pertandingan bola sepak semipro di Malaysia,
lebih banyak peluang pekerjaan telah diwujudkan seperti pakar perubatan,
pengurus pasukan, jurulatih dan seumpamanya. Selain itu, ada juga
pelajar-pelajar yang meminati sukan dan seterusnya mengambil jurusan Pendidikan
Jasmani di pusat-pusat pengajian seperti KPLI. Setelah tamat belajar, mereka
akan diserapkan sebagai guru-guru sukan di sekolah-sekolah. Jadi masa depan
anak-anak kita lebih terjamin dengan wujudnya pelbagai kerjaya dalam bidang
sukan.
Di samping itu,
perkembangan pesat dalam bidang sukan turut membuka peluang melahirkan pekerja
yang mahir dan bertaraf professional.Ini termasuklah mereka cipta alat-alat
sukan, merancang dan membina padang permainan, stadium dan kompleks-kompleks
sukan.
Jelaslah bahawa kegiatan sukan bukan hanya
sebagai kegiatan untuk menjaga kesihatan dan kecergasan semata-mata, malah
merupakan jentera penting bagi pembangunan ekonomi Negara.
Pembinaan kawasan
riadah, gelanggang dan kompleks sukan bukan sahaja di kawasan luar bandar juga
memainkan peranan penting dari segi pembangunan dan pengembangan wilayah di
samping menyediakan peluang dan sumber pendapatan kepada peniaga, usahawan dan
golongan professional.
Sukan dapat
dimajukan sebagai satu industry dalam dunia moden. Di samping berfungsi sebagai
alat perpaduan masyarakat, ia member sumbangan yang besar dalam bidang
sosioekonomi di Malaysia.
No comments:
Post a Comment